Khamis, 24 Disember 2009

Mercedes Petronas F1 Team & Lotus F1 team

Sudah sahih dan sah..legend F1 Michael Schumacher akan kembali ke litar F1...kali ni bukan dengan Team Ferrari tapi dgn musuh dalam litar Mercedes. Dan apa yg membanggakan, Petronas dgn berani menaja team Mercedes ini yang diketuai oleh Ross Brawn yg juga bekas org kuat Ferrari yg membawa BrawnGp memenangi season 2009 sbg juara F1..

Reason kenapa Petronas nak taja Mercedes... pasal exposure yang schumacher bole bagi memang mengalahkan even champion season lepas. Kalau berita pasal dia kluo, the driver of Mercedes Petronas.. so akan masuklah nama Petronas kat segala ceruk sports magazine, motoring magazine, tabloids diseluruh dunia

Mampu kah Schumacher mengembalikan kehangatan F1 semula yg lately nampak hambar..tunggu dan lihat jela....

Nampaknya Msia ada 2 pasukan dalam F1 ni..Mercedes Petronas dan Lotus F1...
hmm..lepas ni boleh la layan balik tgok F1 ni....


















rasanya ramai kot fan schumacher ni akan lari menyokong schumacher dalam tim mercedes ni..termasuk aku....hahah....


yg ni design keter Lotus F1....taktau la dah konpem belum design....busuk betul design camni..harap lum final lg design kereta tu...huhu

Jumaat, 18 Disember 2009

Sukan Sea 23: Tahniah pada skuad bolasepak u23


Tahniah pada skuad bolasepak u23

Penantian 20tahun berakhir dgn kalungan pengat emas...heheh

walaupun aksi tak cukup mantap, kesungguhan menahan asakan bertali arus dr skuad Vietnam boleh dipuji. Strategi Rajagopal kira menjadilah dgn berharap first half lebih kpd bertahan dan kemudiannya membuat serangan balas pabila pemain lawn leka dan kepenatan.

Seingat aku last time aku pergi stadium menyaksikan skuad bola sepak negara ni pada sukan sea 2001 yg berlangsung di Kuala Lumpur. Di mana perlawnan akhir Msia bertemu Thailand yg berkesudahan skuad negara tewas 1- 0 angkara kesengalan keeper sendri yang ntahapahapa...Hahha..bingai betul... dan aku rasa time tu seluruh penonton dan penyokong yg berada di stadium mahupun dirumah mencarut2 makihamun beliau....kesian sungguh....hahhah..

dan kali ni 2009, Msia bernasib baik, gol sendiri pihak lawan membolehkan skuad negara membawa pingat emas. Apapun pujian buat barisan pertahanan yg bertungkuslumus memastikan kawasan tidak dibolosi...ada byk aku nak komen pasal cara permainan mereka tapi lantakla..pandai2la coach diorg nak ajar camner....hahha


Ntahapahapajerla

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Salam Maal Hijrah 1431H utk semua muslim dan muslimat seluruh dunia...

Kejap dah masa berlalu..sedar tak sedar...tahun Hijrah dgn Masihi jarak dah dekat...apa munkin 1 masa nt 1 muharam jatuh hri yg sama dgn 1 januari? wallahualam...


Petang kang kena balik awal, 2 sebab:

1. Maghrib ni dah masuk tahun baru, baca doa awal dan akhir tahun
minta dimurahkan rezeki, diampunkan dosa, buat catatan baru etc....

Doa Akhir tahun: Doa Awal Tahun:




2. Sebab bola final Msia vs Vietnam...heheh..tak expect apa2 yg lebih...kalo menang baguslah..

skuad vietnam tampak berbeza, bukan belasahan cam dulu2 lagi...sama ada style Malaysia main ketinggalan atau vietnam makin meningkat....tunggu sahajalah nt petang..

Rabu, 4 November 2009

Layan jerlaa

pergh, dah bersawang blog aku..lama ahh tak update..bz memanjang...
pc kat rumah buat hal hr tu.kopak gak duit beli motherbod baru....dan akhir lega..boleh online balik cambiasa....layan pc game puas2...haha

List game aku tgh layan dan suka main byk kali:

1. Fifa2010 - dah abes 1 season...(serius, main easy pun rasa susah, hampeh)
2. Wolfenstein - tgh layan lg..grafik dan gameplay ok....
3. Need 4 speed baru - kena ada steering bru ngam kot...leceh pakai kibod
4. Crysis & Crysis warhead - serius dulu aku tak suka game ni...sekali main..addict plak...gameplay mantop...tak sabo tunggu part 3 punya.
5. Farmville? mafia wars? sori gua tak layan...hahah
6. Modern warfare - superb...versi baru ntah bila nak release kat kedai game pirate..hehe
7. company of heroes - best taktikal ...main byk kali x bosan..

sesapa leh rekemen game apa lg best? takut aku terlepas pandang....haha

Ahad, 20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Buat semua kaum Muslim dan muslimat, pada kaum keluarga, saudara mara,sahabat rapat, kawan2 blogger, tak lupa pd yg tersayang...dengan ucapan Selamat Hari Lebaran Eid Mubarak, Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada salah bicara, terkasar bahasa, terkutuk ker..minta maf byk2..hamba insan yg lemah tak lepas dr kesilapan dan kekhilafan.

Esok balik Muar, lama betul tak jumpa atuk d sana. So, cuti seminggu ni mmg manfaatkn habis2la...ziarah saudara mara, jumpa kengkawan lama dll.

Ok, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Hati2 ketika memandu!

Peace!

Rabu, 9 September 2009

Ntahapahapajelah

Salam Ramadhan yg mulia, hari ni dah masuk 19hb ramadhan...pejam celik pejam celik..Mood kerja pun tgh tak ada. Masing2 dah dok pikir pasal cuti raya, belanja raya...shopin2...kuih raya...haha..

Aku plak, time nak raya ni la ..banyak kerja...huhu..nak taknak mmg kena siapkan...sblum client membebel panjang...cepat siap..manalah tahu dapat duit raya dr bos...heh...ada la gak duit belanja raya. Nasib baikla aku bujang takderla rasa sangat nak kluor duit. Dapatlah bagi2 kat mak abah utk persiapan diorg. Aku? takder beli apa2 pun. Tgoklah kalo rajin cari2 sehelai tshirt Shiroi Neko kat Rock Station..heh

Time berbuka, aku takderla nak makan sangat..paling tidak gi bazaar kg melayu atau bazar kat taman suria tu.....cari2 ayam percik atau murtabak. Lgpun nak beli juadah kat bazaar kena hati2 skit...ada peniaga yg tak ntahapahapa, meniaga tak jujur..masakan semalam dipanaskan pastu jual balik, ada air tebu yg dah masam pun jual lagi...apa ni..ada gak la terkena dulu...hangin jer aku..tp ada gak yg peniaga yg baik...last2 minit dah nak berbuka....ada gak yg jual murah, kasi 2,3 free pun ada...haha....anyway, nak beli takpe..asal jgn bazir sgtla...mmg time nak makan tu...mata dok melilau cari2 apa yg nak makan....nafsu makan mmg meronta2 nak makan itu ini. Pandai2 ler kawal..

FasalMakan buffet? lagilah tak kuasa aku...dahler mahal...kecuali la org belanja, pergi jer....wahahah!

Makan byk2 kang..terawih nt tak larat..perot dah kenyang sgt...Setakat ni..aku baru 3 hari tak gi terawih, hari2 biasa mmg pergi...lgpun buat 8 rakaat jer..dalam 9pm dah abis...Biasa solat tarawikh kat kg melayu jer..orang pun bleh tahan ramai, cuma parkingla ada sesak skit...sib baik aku bawak motor...cuma kena hati2la..time cam gini..byk sangat kes kecurian sama ada motor atau kereta. Bulan puasa tahun lepas, tayar motor imam masjid pun kena curi...penyapu betul..imam dok imamkan jemaah..adala plak malaun dok cilok tayar tok imam...siot! Jangan tak caya motor tok imam ni boleh tahan la...sport rim racing boy kaler putih..mmg smart...mana tak bebudak2 terliur....haha

ntahapahapajerla....


Aku tak boleh buat keje kalo tak dengar lagu tak kira la lagu jenis apa..asal boleh layan, gua layan. Tapi kebiasaan, lagu2 yg aku pasang mmg budak2 staf lain tak bleh dengor...semua lagu keras2....jaki jer diorg..haha...Takpelah, sempena bulan puasa ni aku kasi pasang lagu nasyid, lagu raya....pueh hati? hehe....

Banyak gak lagu raya yg berjaya disedut dgn jaya. Ada yg kualiti ok, ada yg asal boleh dengor jer...lantakla..

Pasal lagu raya, aku paling suka lagu ni...



yang ni pun antara faveret aku..Jamal gak..



Time kecik, faveret lagu balik kg - Sudirman dengan lagu Indra Shahril - selamat hari raya.. haha



ada byk lg list yg aku suka, nx time jela....

Selasa, 1 September 2009

Kucing Ganas

Kelako tgok kucing ni..ganas betulll...hahha

Dedulu, gua pernah la jumpa jenis kucing yg garang...selamba jer dia dok kejar anjing tak tentu pasal. Ada sekali tu aku tgh melepak kat kedai makan...tgh minum2 ternampak kelibat kucing dok bergasak dgn anjing..wah berani betul! anjing tu cabut lari...kira kalah la. Pastu tak sampai seminit...anjing yg kalah tu dah bawak geng2 nak return balik...mencicit kucing tu lari....kahkah

Ntahapahapajerla!

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia

Esok dah mula puasa, sekejap masa berlalu..

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia, semoga amal ibadah di bulan ramadhan ini diterima Allah.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Wassalam




Rabu, 29 Julai 2009

Aku dan Demam

Hari ni baru naik keje, setelah 3 hari aku demam teruk. Nasib baik demam, kalo Influenza A cuak aku...
Bila jumpa doktor hari tu, doktor cakap, aku bukan setakat demam jer...tekanan darah aku naik...pergh..terkejut aku...wah, ada aku darah tinggi ker....tak sedap hati betul..

Doc. minta aku kawal skit permakanan, bykkan berehat, jangan stress sgt...aku admit jerla apa doc tu ckp...aku akui mmg kebelakangan ni, agak stress skit dgn keje dan hal2 lain. Belum terlewat lg utk berubah gaya hidup...demi kesihatan diri.

Betul lah org cakap, time sakit ni..mmg tak best...semua benda takleh nak gerak....terasa beban...nak bgun x larat, nak itu ini...makan x selera...utk waktu 3 hari duduk kat rumah...adalah waktu yg membosankan. Aku jarang sakit, jarang ambil MC sepanjang aku bekerja..Bila dah sakit ni, barulah "tergeheh-geheh" nak hargai masa sihat..heheh...


Hmm, bila dah macam ni. Niat nak gi konsert Search dekat Bukit Kiara terpaksalah aku batalkan. Takpelah...

Minggu ni, terakhir aku keje kat komtar. Bos aku dah dapat tempat baru. Sedar tak sedar 3 tahun aku keje kat sini..Komtar ni pun dah mcam tmpat hapa la...dikhabarkan nak renovate...tapi asik memanjang stop jer...ntahla...

Paling tak best nak kemas barang2 opis ni....waarghh! bosannya....haha

Isnin, 6 Julai 2009

Layan Comic plak


Demam Transformers: Revenge Of The Fallen tak kebah lagi. Dua kali juga la wa tgok ini cerita, walaupun ada kednegaran reviu yg tak berapa best, tapi peduli hapa kan....haha..

Tak cukup dengan movie, gua dah sambar komik official adaptasi movie T:ROTF keluaran Hasbro dan IDW publishing. Itupun jumpa secara tak sengaja, ...dah lama gua tak beli komik mat saleh ni.

Ada 3 siri Prequel Movie: Alliance, Defiance dan Adaptation Movie T:ROTF. Berkisarkan pada kisah selepas movie transfomers yang pertama dulu, selain sejarah pihak autobot dan decepticon juga asal usul The Fallen ni. Dari segi jalan cerita ok jela bagi aku...


Lukisan pun not bad. So, sapa ada duit lebih sama ada utk bacaan ringan atau simpan sebagai koleksi..bolehla beli...

takderla mahal sangat sebab print kat Msia jer...

Jumaat, 26 Jun 2009

Michael Jackson Meninggal


Pagi td, baca online paper..terkejut mendengar perkhabran Michael Jackson meninggal dalam usia 50...

Aku bukan la fans dia sangat tp zaman kecik2 dulu membesar dengar lagu beliau, dr start arwah berkulit gelap hinggalah berkulit putih..dr tarian moonwalk hinngalah lagu2 beliau...memang legend...

Alfatihah buat beliau andai benar sudah memeluk islam, Mikael JAckson smeoga roh anda dicucuri RahmatNya..


Teringat lagu ur not alone...sedehnya....

Rabu, 24 Jun 2009

Transformers: Revenge of The Fallen



Revenge is coming.........

Malam tadi aku berjaya menonton di TGV Tebrau, JB. Memang best dan berbaloi selama 142 minit.

Masih berkisarkan kepada watak Sam, Mikaera dan Optimus Prime yang kachak n geng2 autobot menentang the Decepticons.



watak Mikaera mmg Hot....heheh

Kali ni banyak watak robot baru diperkenalkan, antaranya mudflap dan skids yang sangat nakal, Archee, kemunculan Jet Fire (oldtimer ni..hehe) dan brp2 lagila..

Opening scene, bermula di Shanghai dimana geng2 autobot memburu Decepticon Audi R8 dan muncul plak robot besar..dan cam biasa...Optimus Prime menyelamatkan keadaan.

Plot byk berkisar kepada watak sam, geng2 decepticon masih berdendam dgn beliau dan ingin mendapatkan serpihan Allspark utk mehidupkan kembali Megatron yang terdampar didasar laut atas arahan The Fallen..Selain tu, diorg dok cari sam sebab kod2 rahsia mengenai energon ada dalam pala otak si Sam ni..
Siapa pulak the Fallen? kenalah tgok baru tahu..hehe..

Bagi aku kali ni, TROFT lebih banyak aksi bergasak dengan robot...aksi gasak prime dgn megatron mmg best...kali ni nampaklah prime ni kuat skit berbanding film yg lama tu...mmg syok tgok prime lwan pakai pedang....Scene kat piramid mmg gempak, aksi perang kali ni lagi meletup dibawah pimpinan mejar lennox..

Bab lawak, kali ni mmg banyakla..bikin gamat kat wayang...haha....robot pervert sempat nak gesel2 kat kaki megan fox wahaha...paling damn.... Devastator scrotum robot yg amat besau...heheh



Part sedih Optimus mati? huhu....oooopsss.....mana bleh mati..
hero kalah dulu jer..hehe

Banyak lagi nak cerita, tapi kang terbagi spoiler plak....haha

Apapun aku puashatilah dengan TROFT kali ni...mmg berbaloi....aksi last mmg best dan mendebarkan....so...apalagi..book la tiket pi tgok.....

rate: 4.5/5 star aku bagi..hehe...setiap scene ada WOW yang tersendiri...

wa cam nak tgok lagi jer...sbb smlm dpt tgok dr side tepi...huhu

Ahad, 14 Jun 2009

Farewell Ronaldo...


...cam hapa kan gambo ni? haha

Ronaldo dah blah ke real madras...eh silap real madrid....haha

Elok juga dia pergi....cari angin baru....

sapa agaknya pengganti beliau di old trafford? gua percaya....akan ada lagi player baru yg akan sambung legasi no.7 ni.....dan cam biasa bila dah terkenal hebat, tmpt pembuangan sampah Man Utd kat real madrid akan beria2 nak beli....hahha...


sebelum blah gi real, kasi servis dulu dgn paris hilton...haha

dan aku harap nx season ni...rooney akan lebih tajam....
serius aku lebih terhibur tgok rooney the shrek beraksi berbanding ronaldo ni...



ada iras2 kan? heheh

Bulan depan Man utd dtg Malaysia, macam nak pergi tgok....hmmm....difikir-fikirkan...

Ahad, 31 Mei 2009

Penatnya

Penatnya.....sejam yg lepas baru sampai...satu holiday yg best...mmg tenang jer jiwa....tak hingat langsung pasal keje kat opis...haha..cuti sakan....

Rabu, 27 Mei 2009

Finale: Manchester United vs Barcelona



Awal pagi esok, nantikan debarannya....

Siapa jadi juara...siapa yang lebih hebat dalam kancah bola sepak eropah...

Siapa master taktikal? sir alex atau guardiola?

siapa lebih tajam...ronaldo atau messi?

harap takderla....kesudahan penalti cam season lepas....letih siot...

debaran makin terasa......hanya utk 1 piala...




Harap Teves main malam ni dan dapat score kemenangan sebelum dia blah...huhu

Isnin, 25 Mei 2009

Keropok Lekor, Candat Sotong......

Rabu ni aku bercuti, setelah lama tak berjalan2...tgok orang2 tempat lain...tempat2 menarik..kali ni...Terengganu. Aku tak pernah sampai lagi, ini kali pertama. Agak teruja juga memandangkan aku ni dah lama tak bercuti panjang...

La ni terbayang pulau kapas, keropok lekor...awek2 comel lote Terengganu..hehe..candat sotong? tak pernah try...skrg ni tgh musim orang bercandat...mesti try punya...

Selasa, 19 Mei 2009

Ntah hapa hapa.......

Aku rasa aku nak beli camera DSLR....tak boleh tahan tgok membe2 punya, dan aku agak segan acapkali pinjam camera diorg...haha..

Aku suka ambil gambar, capture apa yg depan mata, walau aku tak terer mana...aku nak belajar sgt ambil digital photography ni...(padahal masa itm dulu, pernah la study basic foto ni, paling best cuci gambar sendiri dlm bilik gelap..amat mengujakan)



Di sebabkan tiada camera, handphone camera 2.00 megapixel aku ni la jd alat aku shoot ntahapahapa punya gambar...jadilah drpd takder apa2...heh..

Target yang ini...

Tak dapat, yang ini pun jadilah..

cam poser jer plak...kan..haha..lantakla

Insya Allah, ada rezeki lebih..bolehla aku dapat apa yg aku nak ni...projek freelance pun makin byk dpt...Alhamdullilah...

Tgh lunch tadi, terjumpa seorang rakan lama, agak akrab juga 1 ketika dulu menawarkan aku job buat editing gambar orang kahwin...rasa aku berminat sgt...walau skill photoshop aku tak cukup marvelous berbanding yg lain ....cuba jerla...asyik buat web...tukar angin sesekali sekala..cool gak...

Lepas ni, PC berenjinkan AMD aku ni akan bekerja lebih keras lagi..huh!

Ahad, 17 Mei 2009

Glory Glory Manchester United 2008/2009



Glory Glory Manchester United 2008/2009.....We're the Champions!!!!!!!


Tahniah Man Utd....18 piala Kejuaraan Liga Perdana. Menyamai rekod Liverpool. Walaupun tahun ni Liverpool agak bagus, tapi dr segi point diorg dah kalah, byk sgt seri...takpe..utk fan liverpool tunggu la...180 tahun lg korang nak jd juara..miahaha

Satu lagi pingat kejuaraan, Champions league... kalau menang, satu musim yg hebat bagi Man Utd utk season ni.

Tok Alex Ferguson, please sign Teves!!!





Ryan Giggs sedar tak sedar dah 11 kejuaraan EPL dia da ada....Stevie Gerrard tgok mesti jeles...miahaha....

Bajet aku season depan 2009/2010...satu lg persaingan yg hebat antara pasukan BIG 4!


Glory Glory Manchester United......





Manusia terpantas dunia, Usain Bolt pun bukan Fan Loserpool tau.........haha

Selasa, 12 Mei 2009

PaintBall or Bola Cat?

Lama dulu aku pernah la kemaruk dengan sukan ekstrem ni. Gian weh, dapat tembak orang...haha
Aku rasa agak lama aku tak jejak field main menatang ni. Satu sukan yg mmg byk pakai duit la...hehe.. tapi seronok weh.



Aku tak tahu bila sukan ni diperkenalkan di Malaysia. Di negara Eropah dan di Amerika, memang popular sukan ni. Siap ada kejohanan yg berbentuk liga profesional dengan hadiah yg disediakan penganjur yg memang lumayan la.

Sekarang ni, venue atau field paintball pun dah bersepah, setiap negeri ada sama ada indoor atau outdoor. Kejohanan pun dah banyak memandangkan pasukan paintball baru yg tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Sukan ekstrem ni takderla bahaya sangat jikalau masing2 tahu akan disiplin permainan. Di dalam kawasan permainan, dilarang sama sekali menanggalkan facemask. Kena mata boleh buta...huhu..


Marker
Dulu aku panggil senapang. Ahahha...nama glamournya Marker (bukan pen marker aaaa). Inilah aksesori utama permainan paintball ni...kalo takder...korang baling jerla bola cat tu sampai pecah kat badan seteru korang...haha. Ada banyak brand di pasaran antara yang aku tahu, Proto, Dye, Bob Long etc..


Air Tank
Tenaga utama menggerakkan mekanikal marker korang..takder gas, tembak camner pun tak bleh pergi...haha...angkat tangan kat marshall jikalau gas anda kong...


Face Mask with Google
Guna untuk cover bahagian muka, hidung, telinga, mulut anda dari tembakan...for your safety! jangan sesekali menanggalkan facemask bila di atas field...anything can happen, watchout dude!

Aku pernah la rasa bola cat ni..ada yang tembak baik jer kat facemask aku, pecah, terpercik masuk mulut...rasa PAENG siot....hahah


Pellet atau Bebola Cat?
Pellet atau bebola cat ni la point utama permainan ini. Kalau bola kecil ni takder, korang nak shoot pakai hapa? haha..Dibuat dr gelatin kenyal campuran bahan polyethylene glycol, non -toxic, dye dan water soluble substances. Saiz lingkungan 0.68 calibre..Skit lebih kurang cam guli la..



Barrel Socks Marker

Setiap kali habis perlawanan/permainan, barrel sock mesti disarungkan semula ke Marker anda. Ini mengelakkan anda tertembak secara tidak sengaja ke atas rakan atau orang lain. Kesan tembakan dari jarak dekat amatlah pedih...aku dah rasa...haha..


Kesan aku kena shoot dr belakang, memang best...heheh

Pakaian
Pakaian yg proper cam jersi, pakai but or sport shoe...selipar jepun dilarang sama sekali...utk safety pakaila ball guard kat anu korang, bukan hapa...membe aku dulu pernah kena titik kat situ, berguling2 sakit..huh

Lain-lain
korang check jela kat internet...hehe

So, sesapa boleh la try game ni, mmg fun dan xtrim. Tepuk dada tanyalah poket korang...haha


Gambar2 kenangan bersama Team Vendetta JB 2006


Team Vendetta 2006: Line up dah lain but well still friend..



3,2,1....Game On!


Yo yo oo jer aku time ni..haha



Covering Fire!....One Down!

Vendetta Rules!


Yeah menang! Johor Open...



Terima Pingat kebesaran? haha..dr YM anak Sultan Johor


Tunku mmg sporting...yang kecik2 cute tu anak TMJ Tunku Ibrahim

Bila tgok gambar ni, gian balik la...argghhh!!!

To vendetta Paintball team, harap terus cemerlang meraih kejayaan di arena PAintbaLL...



Pasal info Paintball ni, lenkali aku cerita lg...

p/s: Gambar2 sumber internet dan arkib pemilik blog ini..

Ahad, 10 Mei 2009

Search Di Awan Biru: Gegar JB maa...



Tanggal 9hb Mei 2009, satu malam yg indah tercipta. Search kembali semula ke JB, ibarat sireh pulang ke gagang. Balik ke tempat di mana sejarah Band ini tercipta. Penuh suka dan duka, pahit dan manis dlm mengejar nama sbg kumpulan rock terunggul tanahair. Sememangnya diorg dah tahap legenda. Siapa tak kenal? dari yg kecil hingga yg dah veteran pun kenal...haha

Cam biasa, tak nak terlambat atau sesak dlm jammed..kitorg kluo awal skit pas magrib...cari2 parking dapat la tempat..agak jauh skit dr stadium kena berjalan skit, naik jejantas. Sampai2 area nak masuk stadium dah padat dgn orang ramai...kereta dan berasak2 nak masuk cari parking.


Kat luar stadium dah meriah dgn aktiviti yg dijalankan oleh Celcom sbg penaja Konsert. Ada gak nampak booth2 jualan esp jualan merchandise. Ada gak yg ambil peluang jual air, jual burger...bagus2...gua bajet tekak haus nt bila masuk dlm nt..haha..


Baju search beli aritu awek nak plak, so malam terpaksa pakai baju shiroi neko ni...budak2 search pun pakai brand ni...kira okla tu...heheh

Orang dah start beratur panjang nak masuk ke dalam. Malas nak tangguh, so beratur la dulu kang lambat sementara belum ramai lagi orang.. Sementara dok tunggu jam 9, Dj bertugas malam tu pasang lagu2 rock..kasi panas lagi suasana. Gua cari port betul2 depan sound engineer punya tempat..



Baru gua perasan Dj yg bertugas tu adalah bekas DJ radio THR ismahalil hamzah. Masih cam dulu lagi..still rock..haha


Jam 9.30 lebih kurangla...gimik bunyi heli, pyro sytem, bungi api dan video cover album Search bla..bla...Then, Search dah mula sorang2 naik stage..fan dah mula bersorak. Tak cakap banyak terus bawak lagu paranoid then disambung dgn lagu Balada Pemuzik Jalanan. Time ni suasana makin meriah lagi, fan dah mula nyanyi bersama...ada yg bangin..ada gak yg joget dangdut? huh!

Kamera mmg tak bleh bawak masuk, so shoot jela pakai hp cap sony erricson ni..Maaflah kualiti agak kureng skit. Sambil2 layan lagu diorg adalah aku shoot pic dgn ambik video sekali..lenguh gak tangan ni pegang hp...hahah.. bila balik tgok video..kualiti mmg hancusla...setakat nak dengar sound bolehla..image blur sgt..huhu..takpe2 ada duit tangkap dslr la nt...miahaha...

Ada lagu yg aku tak brp ingat tajuknya.. kat blog bro deaf ada setlist lagu search main malam td..Cuma wa perasan, ada few lagu Search bawak..fan agak senyap...(maybe tak pernah dengar kot) hehe..

Time lagu Isabella, stadium bergema dengan suara fan, nyanyi sama2...sedar2 tak sedar..dah 20 tahun lagu tu erk...haha..tp aura lagu tu masih terasa lagi..
Lari tajuk skit..wa tak brp gemar Joe Flizzow too Phat cover lagu isabella tu...hancus seihh..ah..lantakla..


Amy ada mention selamat hari ibu pada bondanya yg turut berada menyaksikan Search. Cayalah nek. hehe...gimik lain pengantin baru naik atas pentas masa lagu fantasia bulan madu..sama ada ia nya gimik atau tak, pengantin tu kira bertuah la...bro sebelah aku berdiri siap cakap poyo jerla...haha..jeles agaknya bro tu..heheh

Apa yg aku rasa utk konsert kali ni, mmg bestla...mmg happening..aku enjoy sangat. Cuma tak berapa puas lagi coz tak dapat dengar byk lagi lagu2 best dr search ni...masa 2 jam mmg tak cukup..heheh..mmg kalo ada rezeki, turun venue2 yg lain plak...

Fan malam mmg meriah tak kira bangsa, ada perasan geng2 dr indonesia, geng sabahan (siap bawak bendera lagi), mat saleh pun ada, bukan takat melayu jer...brp kelibat kaum cina pun ada aku nampak..kira cam muhibah la erk....wakakak...bro otai dr singapore tu aku perasan duk kat atas seat...mmg happening...mcm2 aksi dia buat....sporting la bro ni..cayalah..
tapi aku tak boleh lupa geng awek2 seberang bleh bantai joget dangdut masa lagu pawana tu...wakakaka...

Search mengakhiri lagu Melastik ke Bintang, then fan minta lagi lagu..diorg sambung lagu Pawana, Mat rock dan cam biasa lagu penutup setiap konsert Pasti..

Rumusan dr aKu mmg puashati dgn sound dan performance Search malam td. Lighting mmg superb...Performance ahli searh mmg best...then, bila Din mayat dah naik syeikh mmg layan la....ada jer aksi2 beliau...4,5 kali gak dia tukar gitar...kalo din takder search ni, hilang seri beb..hehe...tak lupa gak din ada menyolo dlm brp2 lagu bergilir2 dgn hillary...Hillary? What more can I say, dia mmg guitarhero...part amy nyanyi tak masuk, aku lupakanla..aku masih kagum lagi..suara amy mmg masih sama cam dulu2...mantap!


Sebelum balik pose poyo depan stage..haha

Balik, aritu wa beli kat official search nya booth kali ni wa beli lagi sehelai tshirt, beli kat booth duniasearch plak..kopak lagi duit tp takpe..buat kenang2an...ada gak booth lain yg jual tshirt search..tp tak brp lawa..asal boleh jer diorg design...

Mmg berbaloi..berbaloi...

Jumaat, 8 Mei 2009

Layan jerla...


Esok search gegar jb, sementara tu kasi layan dulu mood utk esok...haha

Harap ada la lagu ni dlm list esok...seingat aku lagu ni dr album rock n roll pie...





Godeh2 dlm youtube terjumpa lak klip ni..Tak sangka aku search ada buat cover lagu iron maiden ni...haha..din solo tu.....err...Tan sri S.M Salim jd MC? wahahah..

Rabu, 6 Mei 2009

Glory Glory Man United


first goal by Park Ji Sung...very energetik mamat korea ni...


superb freekick 40yards?huh

Glory Glory Man United.......

Semifinal: Arsenal 1 - Man Utd 3 (agregat 1-4)

Bring on Barça or the Blues. United will be in Rome on 27 May to defend the Champions League trophy.

The Champions League holders turned in a flawless away performance to completely dismantle Arsene Wenger's Arsenal at the Emirates Stadium, killing the tie through early goals from Ji-sung Park and Cristiano Ronaldo, before the Portuguese added gloss to the scoreline with a breakaway third.


Goal ke3...counterattack ....lintangpukang defend arsenal...miahaha



gua tak puashati fletcher kena kad merah, at least kad kuning jerla...dia mmg bagus dlm game ni..marking habisan midfield gunners...tp apanak buat...refree punya decision...huh..

Teringat plak kes, paul scholes, roy keane tak dapat main masa final champions league 1999, berhempas pulas main..sekali tak dpt main final sbb kena gantung perlawanan...pergh...perit siot!

Beckham pun ada dtg tgok geng2 lama dia kat utd main....still support kelab lama beb..haha

Finale idaman gua: Man utd vs Barca......