Terbaru...Sultan Johor gering
TMJ Tunku Ibrahim dilantik menjadi Pemangku sultan
* dari start nak solat jumaat td dah kecoh org sembang pasal perkara ni...
harap sejahtera hendaknya
sumber sah:
Sultan Johor dimasukkan ke hospital kerana gering
JOHOR BAHRU: Berikutan kenyataan rasmu Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:
Jeamah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.
Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.
Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.
Update: tgh nunggu MB johor balik...anounce sesuatu...huh
KOMIK SOLO KEDUA
-
Tak tahu menahu bila komik solo aku ni keluar secara tepatnya, lepas hantar
dan dapat payment terus tak ada kesempatan contact penerbit, tak kisahlah,
janj...
10 tahun yang lalu

