Jumaat, 22 Januari 2010

Sultan Johor, Sultan Iskandar Mangkat


Terbaru...Sultan Johor gering

TMJ Tunku Ibrahim dilantik menjadi Pemangku sultan

* dari start nak solat jumaat td dah kecoh org sembang pasal perkara ni...
harap sejahtera hendaknya

sumber sah:
Sultan Johor dimasukkan ke hospital kerana gering

JOHOR BAHRU: Berikutan kenyataan rasmu Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:

Jeamah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.

Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.

Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.


Update: tgh nunggu MB johor balik...anounce sesuatu...huh 

3 comments:

deaf-angel berkata...

kat news dah keluar ke secara rasmi?

speedrider berkata...

@deaf, ni dari utusan


22/01/2010 5:45pm

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor hari ini melantik Tengku Mahkota, Tunku Ibrahim Ismail sebagai pemangku Sultan Johor selepas menerima laporan perubatan berhubung keadaan Sultan Iskandar yang kini sedang menerima rawatan di hospital. - Utusan

ajie berkata...

kat berita td cuma tunjuk perlantikan TMJ sebg pemangku shj..

btw..tunggu jelah pengumuman rasmi dr MB Johor..

byk sgt rumours aku dah dengar..