Jumaat, 15 Januari 2010

SEARCH ke Liverpool jumpa Torres?

Search Jelajah Eropah Februari Ini         

        
        Search ketika mengadakan persembahan di malam AJL ke-24
        baru-baru ini.


SELEPAS 30 tahun kumpulan Search bertapak dalam industri hiburan ini, akhirnya mereka akan menjejakkan kaki ke Dublin, London dan Liverpool pada 12 hingga 22 Februari depan.

Band popular yang mendapat tepukan paling gemuruh ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini akan membuat persembahan jelajah Search Live In UK & Ireland di tiga lokasi di Benua Eropah itu atas anjuran dan tajaan Orang Kita, syarikat promosi di Ireland.

“Ini merupakan kali pertama Search membuat persembahan di Dublin, London dan Liverpool. Kali terakhir, kami pernah membuat persembahan diNew York.

        

“Sebelum ini saya menanti-nantikan peluang untuk pergi ke tiga lokasi itu.

Setelah mendapat panggilan dan berbincang dengan pihak penganjur untuk membawa Search ke sana, saya dan rakan-rakan Search yang lain terus bersetuju.

“Insya-Allah, kami akan menyanyikan 70 peratus lagu-lagu hits Search selama satu jam setengah.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.orangkita.eu,” kata vokalisnya, Amy mewakili Search.

Walaupun tempoh persembahan jelajah itu tinggal sebulan sahaja lagi, Amy berkata Search belum memikirkan tentang corak dan konsep persembahan yang akan dilakukan nanti.

“Kami baru nak mula duduk berbincang tentang persembahan itu. Apa yang saya tahu, band Hujan juga akan membuat persembahan opening di London nanti,” ujarnya lagi.

Amy berkata dia mendapat tahu ramai peminat dari Malaysia yang menetap di sana meminta Search membuat persembahan.

Selain daripada persembahan jelajah itu, Amy berkata Search akan menghasilkan album terbaru mereka pada Jun depan.

“Insya-Allah, Search akan tampil dengan album yang memuatkan 10 buah lagu baru. Dari segi konsep, kami masih mengekalkan elemen yang ‘tipikal’ seperti album-album Search terdahulu.

“Album ini juga masih menggunakan khidmat M.Nasir selaku komposer dan produsernya,” cerita Amy yang turut bergerak secara solo.

kredit:   mStar Online

Wah, cambest jer....aritu tgok wig amy...dah mcm rambut seripah aini...hahaha


Pawana - Search 2010 - The best video clips are right here 


3 comments:

speedrider berkata...

bro.. aku tak baca lagi entry pasal SEARCH sebab aku nak puji layout baru ko.

ni baru maksimum punya view!!! cara la~

deaf-angel berkata...

sebagai peminat yang dari dulu beli kaset , cd , dan bayar nengok show2 dorang.
aku sedih sikit la, keluar masuk keluar masuk kid, din, hilary..

apa pun, best la dorang gi UK

ajie berkata...

dengar cerita dr sumber terdekat search,silih berganti anggota tu dah jd perkara biasa...cuma yg nyata mereka ttp budak lama yg masuk balik...hillary tu dah takder passion utk main gitar lg laa....

speed: hehe...tq