Memaparkan catatan dengan label Search. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Search. Papar semua catatan

Isnin, 5 Disember 2011

Setelah Hujan Di JB, Fenomena SEARCH 30 Tahun bermula...

"KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH"
DI JB- Rock n Roll City,
(3 DISEMBER)


Ya, setelah hujan..semasa hujan ia bermula...1 malam yg munkin tidak akan dilupakan bagi aku dan juga para peminat Search khasnya. Stadium Larkin yg selama ini sunyi dr hingar bingar..sorakan manusia bergema dengan paluan drum bertenaga dari Yazid memulakan mukadimah Konsert seawal jam 9.00 malam, 3 jam bakal menyaksikan keutuhan  keunggulan, Search sebagai lagenda muzik rock n roll tanahair!

JB dr siang hujan x henti, aku dengan wife bergerak ke Larkin dalam jam 8 lebih..sebab menyangkakan konsert akan start lewat sedikit dr jadual..memandangkan hari hujan...setelah melilau mencari parking kami bergerak masuk ke pintu masuk utama..terasa akan ada kawalan ketat dr pihak penganjur..so, dr rumah mmg aku tak bawak apa2 kamera..sebab dah tahu..dan malas nak shot apa2 gambo..cukup jer pakai kamera henpon ye tak...datang pun nak enjoy nak sing together dgn search and the rest fan...Beratur panjang, sekuriti mmg check betul2..pandai2la fan yg bwk kamera tu nak simpan celah mana..haha...yes, tak sangka akan dapat goodies bag dr Define..dpt tshirt free...ah, jimat duit aku..hehe..gua tak menafikan penaja mmg bleh sponsor mcm2...maklumlah Dunhill, omat kat tanah melayu ni ramai yg ada saham dunhill..10ringgit sehari skotak dunhill bleh beli per...haha

Aku dan wife melangkah masuk...damn, memang lecak...dah macam kolam lumpur da...haha..teringat plak zaman kanak2 kalo main bola kat padang lecak adalah momen yg sngt best...
Dari celah2 ribuan manusia atas padang, aku mencari rakan2 yg awal2 lagi dah sampai..bergabung dgn mereka...

Lagu pembukaan, Panggung Khayalan..sgt2 jarang lagu ni bawa Search..terbaek! dalam hati aku dah rasa akan byk lagi lagu2 rare yg akan dimainkan oleh Search ni...jangkaan aku tepat Metropolitan, Melayar Bahtera, Musnah, Bisa, Serigala Segalanya (intro gimik lolongan serigala, ntah sapa sebelah aku yg buat bunyi kucing mengiauw,,hahha..damn...).  lagu Wajib, lagu negaraku rock n roll, balada pemuzik jalanan, lagu negaraku versi sentimental Isabella  dgn bground dr video klip search dgn Julia Rais, rare ni..haha) terselit juga footage video interviu fan pasal konsert 30 tahun search ni...ada part yg kelako bila diminta nyanyi..haha, rata2 mmg semua kenal search..kenal lagu search.....

Setlist lagu yg bagi aku utk malam tu agak menarik...rancak dan pantas berselang seli dgn ballads song..Bini aku sound aku napa x byk lagu2 slow...maklumla dia line R&B, Jazz..haha..maaf ini bukan anuar zainnya konsert ye..heheh..

Dipertengahan konsert, hujan mulai turun semula..sib baik penaja ada bg Ponco? ye, ponco..hah..terima kasih penaja, kasi pakai kek org rumah..wa laki tarak pakai no hal...janji rock...amoi2, awek2 promoter dunhill berkeliaran buat sales...hehe..dressing dasat...hahah...
Aku luang masa skit utk jalan2 sekitar tapak konsert..ada beberapa gerai atau booth jualan, recce apabenda yg menarik yg dijual...oh ya, lupa kat tiket ada kupon air free, aku menukar dgn air lemon tea...lega tekak!
kelihatan booth dr official Search merchadise..tgok2 tshirt..ada yg menarik..aku usha2 gitu jela..x beli...sebab dah dpt tshirt free..Ada 1 booth dr budak Duniasearch, diorg jual jersi Search ..menarik..mengikut tema jersi Harimau Malaya dulu2..mmg oldskol la..kelihatan di banner search mempromosi jersi 30 tahun diorg..terbaek dr ladang..ok, dah letih melilau..aku kembali ke padang utk bangin semula...sampai ketika mereka berehat sebentar bersama dunhill..berasap2 dulu...Kid muncul utk gitar solo...bersama abgnya Din, solo berganti2 dr gitaris terbaik negara and then sorang2 masuk ke stage semula..Lagu Mentari merah bergema...yes, lagu faveret aku diorg main...taktau nak kata hapa..,mmg terbaekla..sgt teruja!
Next song, Pelesit Kota dan Pawana mmg bikin gempak, crowd nyanyi sama2 memang sangat2...best, great performance dr diorg,,aku sangat2 enjoy..lenguh juga hangguk2 kepala..hahah..suara tak usah ckp dah mcm serak2 itik serati,,..haha...mujur dpt air free Redbull..clearance stok..thanks kpd penganjur..ah, dpt icecream lagi,,lantakla..janji free....hehhe..tunggu gak kalo2 awek2 define bagi rokok free..hehe..

Amy berucap, thanx pd penaja, fan..pasal halatuju rock diorg..lagu penutup Klasik Rock Fantasia Bulan Madu...memang bikin fenomena...kali ni barula betul2 aku leh dengo suara penyanyi latar tu..akhirnya...dah mcm patunng cendana diorg mula2..sbb suara crowd ambil tmpt.. dipenghujung diorg start bagi drum stik, pick gitar kat audience.,.aku tunggu je kalo diorg bagi lagi bola...hahah....

Komentar aku, aku sangat teruja, berbaloi uk meredah hujan, melangkah becak, lumpur, dengan kasut abis kotor, jari kecut utk persembahan yg sangat2 best ni...lighting, audio sistem dgn perssembahan muzik yg snagat mantap...bak kata Amy, konsert ni dirakam..harap kluo l DVD Khas penuh footage manarik sepanjg konsert, ..aku menunggu bila dirilis..Utk dapatkan konsert yg terbaek mmg akan kena kluokan bajet yg sangat besar barulah mantap...bukan asal boleh janji ada bunyi...mujur penaja kali ni tak lokek utk tu semua...
Yazid: nampak bertenaga selama 3 jam pukul dram, walaupun kita tahu konsidi kesihatannya..moga sembuh sepenuhnya..muka tetap camtu..serius,haha
Nasir: Gaya busana Scotish kilt tak lekang dibadan, Bass solo tetap menyengat di intro awal isabella..i like!
Din: takder mamat ni, hilang jantung Search, sangat berpengaruh dlm muzik search..udah berambut pendek kemas tp skill, gaya masih mcm dulu..salah satu sebab aku suka search adalh kerana Din..solo bersama Kid mmg terbaik..dr pasangan adik beradik ni..
Kid: dressing glam rock, kali ni aku bru  dngr clean bunyi gitar beliau..berbanding masa konsert DT aritu..performance yg sangat2 best dr salah sorg lead guitar tanahair..solo2 beliau terngiang2 dlm telinga..
Amy: berbanding konsert2 yg dulu era DT, Awan Biru...suara Amy dah kembali ke asal...high key selamba je..terbaek dr bekas pengetua AF ni...hahha..dressing cam biasa...dia mmg icon! byk beriknteraksi dgn crowd..thanx Amy..


Momen best:
1.Amy secara accapela nyanyi Setelah Hujan...epic bila fan nyanyi sama2 mmg kena tika dan masanya...
2. Amy tanya crowd dr mana, Kampung Bakar Batu, Kg melayu , sekolah dato jaafar, Komtar (rockers johor punya Base..sekrg dah takder daa...) citer zaman2 rock mereka era dulu2....asal Phewett berasal nye citer...sgt nostalgik!
3. Sesi perkenalan ahli Search, tak boleh blah bila fan sebut nama Din Mayat, then Amy nak panggil yazid kaki Pukul sbb panggil nama tu kat Din..hahah...kelako siall..
4. Tak kira mananya generasi tua muda,70an.. 80an, 90an, 2000an ada menyaksikan konsert ni..ada juga pakcik2, makcik2 yg aku nampak bangin semacam ikut rentak pakai bju kurung...cayalah!..
5. Sesi bagi bola, macam2 gaya Search tendang, baling bola kat fan...like
6. lain-lain...

Terima Kasih Kumpulan SEARCH!

Selasa, 11 Mei 2010

Reviu: Double Trouble 01052010

Rasa mcm terlewat skit bg reviu...

Arakian bermulanya:
Masa konsert aku gerak awal...Tgh hari aku dah terpacak da..kat Bukit Kiara tu..bukan hapa..takut dtg petang, mau sesak jalan. So, langkah selamat datang la awal. Akak pada membe aku drop kitorg kat sana dlm kul 2 lebih. Tgok, pusing keliling area situ..dah start orang dtg. Beberapa gerai sementara dah terpacak sedia utk mengaut keuntungan dr orang ramai. Panas terik...kesal gak dtg awal sngt...tp Double Trouble punya pasal..ok jer..haha

2. Dalam kul 5 lebih baru bleh masuk area dalam. Beratur panjang, diorg jaga betul2..suma brng dia check satu persatu..baguslah..takut apa2hal terjadi ye tak...

3. Pendekkan cerita, 8.45 jam ditangan aku (bukan waktu sebenar..hehe)...konsert yg ditunggu2 pun bermula..Intro mula kedengaran (katanya intro dr Iron Maiden)..Fans dah mula start bersorak...akhirnya kunjung tiba. Gemuruh sebagai pembuka konsert.. gegak gempita dibuatnya. ..termasukla aku sekali bantai nyanyi sama2...(sebelum konsert, aku pasang hari2 lagu dr album DT ni...sampai hafal)hehe..

Kombinasi mantap dr 2 vokalis...Amy...dan Awie...

4. Search dan Wings silih berganti bawak lagu memasing2...dan part medley bersama 2 grup tu aku rasa yg paling best la setakat ni...Awie nampak lain, dah tak ke laut lg walaupun ada lupa lirik2 dlm brp2 buah lagu...aneh gak, depan ada skrin monitor pun leh lupa...Joe nampak best malam tu, betul2 tonjolkan diala Hero Gitar Malaya abad ini...tapau habis..cuma kedudukan aku berhadapan speaker, menyebabkan telinga jd sakit...bingit time dia menyolo...tobatla tak nak tgok berdekatan speaker...haha. Kid, hmmm...bunyi gitar tak jelas plak mamat ni...mcm2 hal la...Solo Isabella, hancus...tak dengar. AKu fikirkan aku dah pekak, rupanya membe aku pun begitu benda yg sama...hmmm..So, Search, kena  selesaikan prob ni sblum next Konsert DT..

5. Momento, yang paling aku suka..sesi Gitar Hero..dua gitaris terGah serata Malaya khasnya bergabung tunjuk skill...tunjuk lagak...tunjuk ego memasing sambil menyolo bersama2...Hasilnya..mmg mantop...aku puashati..Aku rasa masa segmen ni la..barula jelas bunyi gitar Kid...Bunyi Gitar dr Joe semakin garing tak bingit cam memula2....sempatlah aku rekod dgn henpon aku...(hasilnya? what u xpect? haha)..
Benda2 teknikal ni aku kureng skit...tp apa yg aku dengar, lihat..itulah yg aku rasa...So, point aku boleh dikondem selayaknya kalo perlu...
Efex berasap dr Gitar Kid mmg menjadi...hhaha...siot betul...

6. Tercapai gak nak dengar Amy nyanyi lagu Nurnilam Sari sesama dgn Awie...bleh tahan. List2 lagu tu aku malas nak taip2..bleh rujuk di sini Dengan tajaan yg tak byk dr sponsor2 gergasi...itu jela yg boleh dipersembahkan oleh Search & Wings..hasilnya sangat2 la mantap...sokongan peminat yg sngt sporting dr usia remaja, senior mahupun veteran sama2 turun...sama2 enjoy dlm konsert ni amat membanggakan..errr....Pondan2 tasik jer layan Konsert Ungu...wakkaka...

Rumusan: Aku sbg peminat kedua2 kumpulan ni sangat2 la terhibur. Masalah sound tak sedap..gitar x bunyi, suara tak leh tarik ker...what eva..aku tak peduli..yang nyata aku puashati.  So, kalo benar Double Trouble akan dibuat di Larkin, mmg bagusla...dekat skit dgn rumah..jalan kaki jer...hhehe...

Untuk Search, kat KL lu orang mengalah dengan "Adik"korang Wings...
Apakata kat JB -Rocknroll City ni korang tunjuk "Abang" pada diorg lak...ada berani? hahah...

Amy, Awie,Black,Din,Eddie,Joe,Kid,Nasir and Yazid ...korang mmg legend

Aku Ralat: Membe yg kononnya nak bawak DSLR..bleh tertinggal...parah betul... x dpt shot gambo cantek...

gambo: kredit thestar online

Jumaat, 15 Januari 2010

SEARCH ke Liverpool jumpa Torres?

Search Jelajah Eropah Februari Ini         

        
        Search ketika mengadakan persembahan di malam AJL ke-24
        baru-baru ini.


SELEPAS 30 tahun kumpulan Search bertapak dalam industri hiburan ini, akhirnya mereka akan menjejakkan kaki ke Dublin, London dan Liverpool pada 12 hingga 22 Februari depan.

Band popular yang mendapat tepukan paling gemuruh ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini akan membuat persembahan jelajah Search Live In UK & Ireland di tiga lokasi di Benua Eropah itu atas anjuran dan tajaan Orang Kita, syarikat promosi di Ireland.

“Ini merupakan kali pertama Search membuat persembahan di Dublin, London dan Liverpool. Kali terakhir, kami pernah membuat persembahan diNew York.

        

“Sebelum ini saya menanti-nantikan peluang untuk pergi ke tiga lokasi itu.

Setelah mendapat panggilan dan berbincang dengan pihak penganjur untuk membawa Search ke sana, saya dan rakan-rakan Search yang lain terus bersetuju.

“Insya-Allah, kami akan menyanyikan 70 peratus lagu-lagu hits Search selama satu jam setengah.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.orangkita.eu,” kata vokalisnya, Amy mewakili Search.

Walaupun tempoh persembahan jelajah itu tinggal sebulan sahaja lagi, Amy berkata Search belum memikirkan tentang corak dan konsep persembahan yang akan dilakukan nanti.

“Kami baru nak mula duduk berbincang tentang persembahan itu. Apa yang saya tahu, band Hujan juga akan membuat persembahan opening di London nanti,” ujarnya lagi.

Amy berkata dia mendapat tahu ramai peminat dari Malaysia yang menetap di sana meminta Search membuat persembahan.

Selain daripada persembahan jelajah itu, Amy berkata Search akan menghasilkan album terbaru mereka pada Jun depan.

“Insya-Allah, Search akan tampil dengan album yang memuatkan 10 buah lagu baru. Dari segi konsep, kami masih mengekalkan elemen yang ‘tipikal’ seperti album-album Search terdahulu.

“Album ini juga masih menggunakan khidmat M.Nasir selaku komposer dan produsernya,” cerita Amy yang turut bergerak secara solo.

kredit:   mStar Online

Wah, cambest jer....aritu tgok wig amy...dah mcm rambut seripah aini...hahaha


Pawana - Search 2010 - The best video clips are right here 


Ahad, 10 Mei 2009

Search Di Awan Biru: Gegar JB maa...



Tanggal 9hb Mei 2009, satu malam yg indah tercipta. Search kembali semula ke JB, ibarat sireh pulang ke gagang. Balik ke tempat di mana sejarah Band ini tercipta. Penuh suka dan duka, pahit dan manis dlm mengejar nama sbg kumpulan rock terunggul tanahair. Sememangnya diorg dah tahap legenda. Siapa tak kenal? dari yg kecil hingga yg dah veteran pun kenal...haha

Cam biasa, tak nak terlambat atau sesak dlm jammed..kitorg kluo awal skit pas magrib...cari2 parking dapat la tempat..agak jauh skit dr stadium kena berjalan skit, naik jejantas. Sampai2 area nak masuk stadium dah padat dgn orang ramai...kereta dan berasak2 nak masuk cari parking.


Kat luar stadium dah meriah dgn aktiviti yg dijalankan oleh Celcom sbg penaja Konsert. Ada gak nampak booth2 jualan esp jualan merchandise. Ada gak yg ambil peluang jual air, jual burger...bagus2...gua bajet tekak haus nt bila masuk dlm nt..haha..


Baju search beli aritu awek nak plak, so malam terpaksa pakai baju shiroi neko ni...budak2 search pun pakai brand ni...kira okla tu...heheh

Orang dah start beratur panjang nak masuk ke dalam. Malas nak tangguh, so beratur la dulu kang lambat sementara belum ramai lagi orang.. Sementara dok tunggu jam 9, Dj bertugas malam tu pasang lagu2 rock..kasi panas lagi suasana. Gua cari port betul2 depan sound engineer punya tempat..



Baru gua perasan Dj yg bertugas tu adalah bekas DJ radio THR ismahalil hamzah. Masih cam dulu lagi..still rock..haha


Jam 9.30 lebih kurangla...gimik bunyi heli, pyro sytem, bungi api dan video cover album Search bla..bla...Then, Search dah mula sorang2 naik stage..fan dah mula bersorak. Tak cakap banyak terus bawak lagu paranoid then disambung dgn lagu Balada Pemuzik Jalanan. Time ni suasana makin meriah lagi, fan dah mula nyanyi bersama...ada yg bangin..ada gak yg joget dangdut? huh!

Kamera mmg tak bleh bawak masuk, so shoot jela pakai hp cap sony erricson ni..Maaflah kualiti agak kureng skit. Sambil2 layan lagu diorg adalah aku shoot pic dgn ambik video sekali..lenguh gak tangan ni pegang hp...hahah.. bila balik tgok video..kualiti mmg hancusla...setakat nak dengar sound bolehla..image blur sgt..huhu..takpe2 ada duit tangkap dslr la nt...miahaha...

Ada lagu yg aku tak brp ingat tajuknya.. kat blog bro deaf ada setlist lagu search main malam td..Cuma wa perasan, ada few lagu Search bawak..fan agak senyap...(maybe tak pernah dengar kot) hehe..

Time lagu Isabella, stadium bergema dengan suara fan, nyanyi sama2...sedar2 tak sedar..dah 20 tahun lagu tu erk...haha..tp aura lagu tu masih terasa lagi..
Lari tajuk skit..wa tak brp gemar Joe Flizzow too Phat cover lagu isabella tu...hancus seihh..ah..lantakla..


Amy ada mention selamat hari ibu pada bondanya yg turut berada menyaksikan Search. Cayalah nek. hehe...gimik lain pengantin baru naik atas pentas masa lagu fantasia bulan madu..sama ada ia nya gimik atau tak, pengantin tu kira bertuah la...bro sebelah aku berdiri siap cakap poyo jerla...haha..jeles agaknya bro tu..heheh

Apa yg aku rasa utk konsert kali ni, mmg bestla...mmg happening..aku enjoy sangat. Cuma tak berapa puas lagi coz tak dapat dengar byk lagi lagu2 best dr search ni...masa 2 jam mmg tak cukup..heheh..mmg kalo ada rezeki, turun venue2 yg lain plak...

Fan malam mmg meriah tak kira bangsa, ada perasan geng2 dr indonesia, geng sabahan (siap bawak bendera lagi), mat saleh pun ada, bukan takat melayu jer...brp kelibat kaum cina pun ada aku nampak..kira cam muhibah la erk....wakakak...bro otai dr singapore tu aku perasan duk kat atas seat...mmg happening...mcm2 aksi dia buat....sporting la bro ni..cayalah..
tapi aku tak boleh lupa geng awek2 seberang bleh bantai joget dangdut masa lagu pawana tu...wakakaka...

Search mengakhiri lagu Melastik ke Bintang, then fan minta lagi lagu..diorg sambung lagu Pawana, Mat rock dan cam biasa lagu penutup setiap konsert Pasti..

Rumusan dr aKu mmg puashati dgn sound dan performance Search malam td. Lighting mmg superb...Performance ahli searh mmg best...then, bila Din mayat dah naik syeikh mmg layan la....ada jer aksi2 beliau...4,5 kali gak dia tukar gitar...kalo din takder search ni, hilang seri beb..hehe...tak lupa gak din ada menyolo dlm brp2 lagu bergilir2 dgn hillary...Hillary? What more can I say, dia mmg guitarhero...part amy nyanyi tak masuk, aku lupakanla..aku masih kagum lagi..suara amy mmg masih sama cam dulu2...mantap!


Sebelum balik pose poyo depan stage..haha

Balik, aritu wa beli kat official search nya booth kali ni wa beli lagi sehelai tshirt, beli kat booth duniasearch plak..kopak lagi duit tp takpe..buat kenang2an...ada gak booth lain yg jual tshirt search..tp tak brp lawa..asal boleh jer diorg design...

Mmg berbaloi..berbaloi...