Rabu, 6 Mei 2009

Petang itu?

Kelmarin Ahad, gua boring2...cuaca agak panas hari tu. Sms membe2 ajak mengABC kat tepian lido. Petang tu agak ramai orang yg minum2, makan kat situ..agak lama la tak lepak minum abc kat situ...kedai ni mmg familiar dgn abc dan ais jelly. Memang sedap la utk tekak aku.

Lepas pekena abc, takde hala tujuan..ingatkan nak terus balik rumah. Balik tu lalu kat depan RTM JB, ternampaklah aku 1 taman rekreasi baru buka ( rasa dah lama bukak kot, aku tak perasan). Ajak membe2..lepak2 jap situ..tgok apa2 yg best...hehe...tgok dr luar..mmg cantikla tempat ni.. Siap ada tasik la. Petang tu agak ramai yg memancing kat tasik buatan tu (boleh mancing ker?)


Yg berfamili, kelihatan membawa anak2 bersantai disini...ada gak berjogging ...err....awek2 pun ramai kat sini...hehe...


Taman Merdeka, nama diberi. Atas sebab apa, aku tak pasti. Permerhatian aku, taman ni cam berkonsepkan era kemerdekaan negara. Byk info pasal zaman kemerdekaan negara tahun 1957 dulu, ada mural batu yg menggambarkan suasana ketika itu. Setiap sudut ada ceritanya tersendiri. Munkin tempat ni kalau dipromosi secara berterusan dan tambahkan lagi daya penarik, rasa pasti tempat ni boleh dijadikan tumpuan ramai org ramai beriadah. AKu rasa belum 100% tempat ni siap.




Utk info, taman merdeka ni setempat dgn restoran JB catering, so sesapa yg makan2 kat situ...bolehla jalan2 lepas mencekik..hehe..

Ada gak perasan geng2 DSLR ..dok bz shoot gambar kat tempat ni...aku setakat shoot pakai kamera handphone jadilah...haha...
So, sesapa yg nak jengah2 tempat ni bolehla singgah kat Jalan Air Molek, Johor Bahru. Asyik2 lepak Danga Bay, bosan gak la kan..hehe...

Next time ada bajet, wa rasa nak beli RC helicopter, petang2 leh layan main kat sini....haha


2 comments:

deaf-angel berkata...

pakai henpon pun ok pe..

i love your first two photos tu senget tu

ajie berkata...

hehhe...cuba2 bro...

dah lama tinggal kan bidang fotografi ni...dulu ada belajar masa kat U..