Selasa, 11 Mei 2010

Reviu: Double Trouble 01052010

Rasa mcm terlewat skit bg reviu...

Arakian bermulanya:
Masa konsert aku gerak awal...Tgh hari aku dah terpacak da..kat Bukit Kiara tu..bukan hapa..takut dtg petang, mau sesak jalan. So, langkah selamat datang la awal. Akak pada membe aku drop kitorg kat sana dlm kul 2 lebih. Tgok, pusing keliling area situ..dah start orang dtg. Beberapa gerai sementara dah terpacak sedia utk mengaut keuntungan dr orang ramai. Panas terik...kesal gak dtg awal sngt...tp Double Trouble punya pasal..ok jer..haha

2. Dalam kul 5 lebih baru bleh masuk area dalam. Beratur panjang, diorg jaga betul2..suma brng dia check satu persatu..baguslah..takut apa2hal terjadi ye tak...

3. Pendekkan cerita, 8.45 jam ditangan aku (bukan waktu sebenar..hehe)...konsert yg ditunggu2 pun bermula..Intro mula kedengaran (katanya intro dr Iron Maiden)..Fans dah mula start bersorak...akhirnya kunjung tiba. Gemuruh sebagai pembuka konsert.. gegak gempita dibuatnya. ..termasukla aku sekali bantai nyanyi sama2...(sebelum konsert, aku pasang hari2 lagu dr album DT ni...sampai hafal)hehe..

Kombinasi mantap dr 2 vokalis...Amy...dan Awie...

4. Search dan Wings silih berganti bawak lagu memasing2...dan part medley bersama 2 grup tu aku rasa yg paling best la setakat ni...Awie nampak lain, dah tak ke laut lg walaupun ada lupa lirik2 dlm brp2 buah lagu...aneh gak, depan ada skrin monitor pun leh lupa...Joe nampak best malam tu, betul2 tonjolkan diala Hero Gitar Malaya abad ini...tapau habis..cuma kedudukan aku berhadapan speaker, menyebabkan telinga jd sakit...bingit time dia menyolo...tobatla tak nak tgok berdekatan speaker...haha. Kid, hmmm...bunyi gitar tak jelas plak mamat ni...mcm2 hal la...Solo Isabella, hancus...tak dengar. AKu fikirkan aku dah pekak, rupanya membe aku pun begitu benda yg sama...hmmm..So, Search, kena  selesaikan prob ni sblum next Konsert DT..

5. Momento, yang paling aku suka..sesi Gitar Hero..dua gitaris terGah serata Malaya khasnya bergabung tunjuk skill...tunjuk lagak...tunjuk ego memasing sambil menyolo bersama2...Hasilnya..mmg mantop...aku puashati..Aku rasa masa segmen ni la..barula jelas bunyi gitar Kid...Bunyi Gitar dr Joe semakin garing tak bingit cam memula2....sempatlah aku rekod dgn henpon aku...(hasilnya? what u xpect? haha)..
Benda2 teknikal ni aku kureng skit...tp apa yg aku dengar, lihat..itulah yg aku rasa...So, point aku boleh dikondem selayaknya kalo perlu...
Efex berasap dr Gitar Kid mmg menjadi...hhaha...siot betul...

6. Tercapai gak nak dengar Amy nyanyi lagu Nurnilam Sari sesama dgn Awie...bleh tahan. List2 lagu tu aku malas nak taip2..bleh rujuk di sini Dengan tajaan yg tak byk dr sponsor2 gergasi...itu jela yg boleh dipersembahkan oleh Search & Wings..hasilnya sangat2 la mantap...sokongan peminat yg sngt sporting dr usia remaja, senior mahupun veteran sama2 turun...sama2 enjoy dlm konsert ni amat membanggakan..errr....Pondan2 tasik jer layan Konsert Ungu...wakkaka...

Rumusan: Aku sbg peminat kedua2 kumpulan ni sangat2 la terhibur. Masalah sound tak sedap..gitar x bunyi, suara tak leh tarik ker...what eva..aku tak peduli..yang nyata aku puashati.  So, kalo benar Double Trouble akan dibuat di Larkin, mmg bagusla...dekat skit dgn rumah..jalan kaki jer...hhehe...

Untuk Search, kat KL lu orang mengalah dengan "Adik"korang Wings...
Apakata kat JB -Rocknroll City ni korang tunjuk "Abang" pada diorg lak...ada berani? hahah...

Amy, Awie,Black,Din,Eddie,Joe,Kid,Nasir and Yazid ...korang mmg legend

Aku Ralat: Membe yg kononnya nak bawak DSLR..bleh tertinggal...parah betul... x dpt shot gambo cantek...

gambo: kredit thestar online

Isnin, 26 April 2010

Masalah jadi berganda bila tak buat Konsert...

Tgh menunggu waktu untuk ke Bukit Kiara...brp hri shj lg....













Mana2 yg belum ada tiket lagi...boleh beli di Pasar Borong Pandan, JB....Kedai Rockstation
rm70.00 shj...

Dulu kedai ni letak di Komtar,JB...geng2 Search, Wings etc ada sesekali dtg sini..lepak2
so, kalo ada sesapa nak beli baju cam diorg pakai..bleh dapatkan di sini...diorg official sponsor pakaian utk konsert DT ni....


 

Khamis, 8 April 2010

Bye-bye Champions League

Man Utd Menang tapi gagal layak......malas nak komen apa2...
jumpa lg season depan....

Isnin, 5 April 2010

Merah pasti Menyala

Nampaknya kalah lagi dengan chelsea...match yg paling bosan...refree dgn linesman mcm kayu..

lusa lawan dgn bayern munich...tak konpiden aku tgok MU nak menang...rooney takder mmg terasa betapa lembiknya striker MU ni...esp Berbatov...better bg peluang pd Kiko jd striker...
apapun tgok tetap tgok....Merah pasti Menyala

Jumaat, 2 April 2010

Konsert Double Trouble Search & Wings

Petikan papers...
Masih ingat lagi dengan Konsert Double Trouble yang diadakan pada tahun 1993 dahulu? Konsert yang dijayakan oleh dua gergasi rock tanah air itu mendapat sambutan yang cukup luar biasa walaupun ketika itu kedua-dua kumpulan ini tidak boleh muncul di kaca televisyen akibat di’gam’. Semuanya gara-gara penampilan mereka yang berambut panjang.

Tetapi itu semua cerita lama. Kini, selepas 30 tahun berada dalam industri, Search dan Wings masih mempunyai pengikut yang tidak henti-henti memberikan sokongan. Mungkin atas dasar itulah, Search dan Wings kembali bersatu. Mereka bakal menggegarkan Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort pada 1 Mei hadapan. Konsert yang juga dinamakan Double Trouble itu bakal mengubat kerinduan peminat yang sudah lama ternanti-nanti kemunculan Search dan Wings di pentas yang sama.

Ketika sidang media konsert itu baru-baru ini, kedua-dua kumpulan ini melahirkan rasa cukup gembira kerana akhirnya ada pihak yang sanggup tampil untuk menjayakan konsert tersebut. Malah, mereka juga menganggap Konsert Double Trouble kali ini satu kolaborasi terbaik selepas sekian lama tidak bersama.

Amy yang mewakili kumpulan Search memberitahu kumpulannya cukup teruja untuk konsert ini dan berjanji akan memberikan satu persembahan yang cukup menarik.

“Saya anggap konsert itu bakal menjanjikan sesuatu yang indah. Bukan sahaja kepada Search dan Wings, tetapi juga kepada semua peminat kami. Saya percaya konsert itu telah direka dengan baik sekali. Saya harap konsert ini akan bagi impak yang bagus kepada peminat yang hadir menyaksikan kami pada malam itu,” ujar Amy.

Sementara itu, Awie yang bercakap bagi pihak Wings pula mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur Adepnet Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada kumpulan muzik tempatan untuk beraksi.

“Sebelum ini kita sudah maklum ramai yang memilih kumpulan-kumpulan muzik luar negara untuk mengadakan konsert di sini, jadi usaha pihak penganjur ini memang saya hargai kerana mereka percaya Search dan Wing juga mampu memberikan persembahan yang hebat. Insyaallah Konsert Double Trouble ini akan mengukir sejarah dan menjadi konsert yang terulung pada tahun 2010 ini,” luar Awie.

Mengulas tentang pemilihan lagu yang akan dinyanyikan pada malam itu, baik Amy mahupun Awie tidak mahu bercerita lanjut kerana mahu menjadikannya sebagai kejutan.

“Kalau kami ceritakan di sini, sudah tidak menjadi kejutan lagi. Kalau hendak tahu, tunggu masa konsert itu nanti. Yang pasti, kami akan bawakan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ‘Double Trouble’ dan lagu-lagu yang pernah popular,” ujar Awie lagi.

Dalam masa yang sama Awie turut menjelaskan tidak ada sebarang lagu baru yang dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Bagaimanapun, ada gimik yang menanti penonton.

“Memang tidak ada sebarang lagu baru yang akan kami persembahan pada malam itu, tetapi ada gimik yang menanti. Bukan tidak mahu buat lagu baru, tetapi tidak sempat. Kami baru sahaja dapat pengesahan tentang konsert ini. Tengoklah, kalau konsert ini berjaya nanti, mungkin Wings akan muncul dengan lagu-lagu terbaru,” tambah Awie lagi.

Menyentuh tentang persediaan pula, kedua-dua kumpulan ini akan memulakan sesi latihan dalam waktu terdekat ini. Malah, ahli kumpulan Wings telah mula menjalani latihan di gim bagi memastikan mereka mempunyai stamina yang cukup.

Konsert Double Trouble dijadualkan akan berlangsung selama dua jam. Search dan Wings masing-masing akan akan menyampaikan 10 buah lagu kesemuanya.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM70 di lokasi seperti Viva Sports - Kompleks Pertama, Triways Travel Network, KLCC, Triways Travel & Tours, Istana Budaya dan Sri Amera Holidays. Selain itu, ia juga boleh dibeli melalui www.1malaysiaticket.com  atau www.ticket2u.biz. Setakat ini sudah 1,000 keping tiket telah terjual. 

Akhirnya ditunggu2......dah tiba... memang kena pergi ni..huh

Rabu, 31 Mac 2010

Bayern Munchen 2 - Man Utd 1

Dahler kalah pg tadi...rooney injured plak..
abislah weekend ni kena belasah dgn chelsick 7-0...huhu
Takpe nx week...kita balas balik kat Old Trafford...
glory..tetap glory

Isnin, 22 Mac 2010

Happy Birthday untuk Aku...

Happy Birthday untuk Aku...
Dah masuk 31 tahun, pejam celik pejam celik..usia makin meningkat..
Harap apa yg aku citakan berhasil aku laksanakan...apa perubahan yg bakal dilaksanakan.
Walau apa pun, aku harap agar diri ini akan sejahtera, sihat dimurahkan rezeki oleh Allah, dapat kawen tahun ni, dan harap hidup bahgia disamping keluarga,teman,rakan2 etc dan ....Amin

Selingan: Gua cukup suka lagu ni...liriknya agak mendalam hasil nukilan Arwah JS Kevin..
sambil tu..layan....

"Bayu angin membisik, Seolah kau berkata. Dari sebuah pandangan, Capai bahasa kita..
Ada lagi yang kau tinggalkan, Ada lagi yang aku simpan. Kenangan berlalu...Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana..."