Khamis, 14 Januari 2010

Ntahapahapajelah...Why so seriusss?

Penyelam yang hairan..

Suatu hari seorang penyelam sedang melihat terumbu karang di dalam laut.

Pada kedalaman 8 meter, tiba -tiba dia melihat seseorang berada disampingnya. Dia sangat terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan menyelam.

Penyelam itu turun lagi sampailah ke kedalaman 15 meter. Sekali lagi dia terkejut melihat orang yang disebelahnya tadi masih mengikutinya. Penyelam itu turun lagi, sampai ke kedalaman 25 meter...orang yang tadi turut mengikutinya.

Penyelam makin hairan, dan dia mendekati orang tersebut sambil memberikan white board dengan pensilnya dengan tulisan: "Hebatnya kamu...bagaimana caranya sampai ke kedalaman ini tanpa memakai alat menyelam?"

Orang itu mengambil white boardnya dan menulis: "Aku lemaslah...bodoh!"

Ntahapahapa....

Sewaktu melawat ke rumah orang-orang tua, Ah Seng duduk di sebelah seorang nenek. Sambil berbual-bual, Ah Seng memakan kacang yg terdapat di dalam sebuah balang di atas meja disebelah nenek tersebut. Setelah agak lama berbual, sambil mengunyah kacang tersebut, Ah Seng bertanya kepada nenek berkenaan.

Ah Seng : "nenek tak nak makan ke kacang ni? sedap nek..."

nenek : " ooo.. nenek tak boleh makan cu. Nenek cuma makan coklatnya aja, kemudian kacangnya nenek masukkan dalam balang tu. Maklumlah, gigi nenek dah tak ada..."

Sebaik mendengar kata2 nenek tersebut, terus Ah Seng berlari ke toilet. Terdengar sayup-sayup bunyi Ah Seng "uwekk!! uwekk!!


Khamis, 7 Januari 2010

Ntahapahapajelah....

Kawasan momok lalu lalang ni...hahha..


s
 

Jumaat, 1 Januari 2010

Ntahapahapajelah

Ntahapahapa utk tahun 2010 ni...Jumpa dalam email...lawak la jugak..
tp pelik asal lawak jer nak guna nama Pak Pandir..kesian org tua tu...heheh

Ntahapahapa 1
Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.  
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.”
Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”
“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

Ntahapahapa 2 
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.
“Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”

Ntahapahapa 3
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……

 
Ntahapahapa 4
Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…

 
Ntahapahapa 5
Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..

 
Ntahapahapa 6
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem…..

 
Ntahapahapa 7
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:
“Panasnya dalam helikopter ini …”.
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
“Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”

Ntahapahapa 8 
Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone …
“Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …?”
Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”


 
Ntahapahapa 9
 Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
“Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya.”
Tanya pegawai kesihatan:
“Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”
Jawab Pak Pandir:
“Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)…”
 

 

Welcome Year 2010......

Hari ini 1 Januari 2010..Selamat Tahun Baru kepada semua org dipelusuk dunia.

Hari Baru, Tahun baru...semangat mesti baru..haha

Jarang sekali time tahun abru aku nak berazam2 ni....sebab bukan apa, takut tak tercapai...lgpun agak cliche..asal tahun baru jer mesti nak berazam...hehe..

Tapi tahun ni aku rasa nak berazam kepd banyak perkara:

1. Mahu kerjaya baru - senang cakap dpt cri keje lagi best..gaji pun paling tidak pun besarla skit dr sekrg.
 (mudah2an adalah rezeki nt...Amin)

2. Yg ni pun penting gak ni, aku nak menamatkan zaman bujang aku tahun ini. Insya Allah.Harap ada lah   rezeki aku. Lama daa..membujang..usia pun dah nak terkeluar dr kalendar,...haha.
     Geng2 kamceng pun dah ramai yg dah kawen, dah ada anak ..siap dah ada yg dah masuk sekolah   pun..haha...itu tak termasuk nak tambah lg cawangan baru...heheh...advance betul...

 3.  Yg ni pun penting gak, berhenti menjadi "naga"...hehe..nak kena minta tips dr bro speedrider ni...hahah
     hr tu jumpa dia, tak henti2 dia kunyah gula nak ilang rasa gian rokok...hahaha..

4. Tahun ni, nak pulun abis keje freelance...tak kira apa..janji dapat duit dan halal.

5. Nak tgok World Cup FIFA...(kalo ada contest kena masuk ni..manalah tau menang..leh gi free..haha)

6. etc...

Khamis, 24 Disember 2009

Mercedes Petronas F1 Team & Lotus F1 team

Sudah sahih dan sah..legend F1 Michael Schumacher akan kembali ke litar F1...kali ni bukan dengan Team Ferrari tapi dgn musuh dalam litar Mercedes. Dan apa yg membanggakan, Petronas dgn berani menaja team Mercedes ini yang diketuai oleh Ross Brawn yg juga bekas org kuat Ferrari yg membawa BrawnGp memenangi season 2009 sbg juara F1..

Reason kenapa Petronas nak taja Mercedes... pasal exposure yang schumacher bole bagi memang mengalahkan even champion season lepas. Kalau berita pasal dia kluo, the driver of Mercedes Petronas.. so akan masuklah nama Petronas kat segala ceruk sports magazine, motoring magazine, tabloids diseluruh dunia

Mampu kah Schumacher mengembalikan kehangatan F1 semula yg lately nampak hambar..tunggu dan lihat jela....

Nampaknya Msia ada 2 pasukan dalam F1 ni..Mercedes Petronas dan Lotus F1...
hmm..lepas ni boleh la layan balik tgok F1 ni....


















rasanya ramai kot fan schumacher ni akan lari menyokong schumacher dalam tim mercedes ni..termasuk aku....hahah....


yg ni design keter Lotus F1....taktau la dah konpem belum design....busuk betul design camni..harap lum final lg design kereta tu...huhu

Jumaat, 18 Disember 2009

Sukan Sea 23: Tahniah pada skuad bolasepak u23


Tahniah pada skuad bolasepak u23

Penantian 20tahun berakhir dgn kalungan pengat emas...heheh

walaupun aksi tak cukup mantap, kesungguhan menahan asakan bertali arus dr skuad Vietnam boleh dipuji. Strategi Rajagopal kira menjadilah dgn berharap first half lebih kpd bertahan dan kemudiannya membuat serangan balas pabila pemain lawn leka dan kepenatan.

Seingat aku last time aku pergi stadium menyaksikan skuad bola sepak negara ni pada sukan sea 2001 yg berlangsung di Kuala Lumpur. Di mana perlawnan akhir Msia bertemu Thailand yg berkesudahan skuad negara tewas 1- 0 angkara kesengalan keeper sendri yang ntahapahapa...Hahha..bingai betul... dan aku rasa time tu seluruh penonton dan penyokong yg berada di stadium mahupun dirumah mencarut2 makihamun beliau....kesian sungguh....hahhah..

dan kali ni 2009, Msia bernasib baik, gol sendiri pihak lawan membolehkan skuad negara membawa pingat emas. Apapun pujian buat barisan pertahanan yg bertungkuslumus memastikan kawasan tidak dibolosi...ada byk aku nak komen pasal cara permainan mereka tapi lantakla..pandai2la coach diorg nak ajar camner....hahha


Ntahapahapajerla

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Salam Maal Hijrah 1431H utk semua muslim dan muslimat seluruh dunia...

Kejap dah masa berlalu..sedar tak sedar...tahun Hijrah dgn Masihi jarak dah dekat...apa munkin 1 masa nt 1 muharam jatuh hri yg sama dgn 1 januari? wallahualam...


Petang kang kena balik awal, 2 sebab:

1. Maghrib ni dah masuk tahun baru, baca doa awal dan akhir tahun
minta dimurahkan rezeki, diampunkan dosa, buat catatan baru etc....

Doa Akhir tahun: Doa Awal Tahun:




2. Sebab bola final Msia vs Vietnam...heheh..tak expect apa2 yg lebih...kalo menang baguslah..

skuad vietnam tampak berbeza, bukan belasahan cam dulu2 lagi...sama ada style Malaysia main ketinggalan atau vietnam makin meningkat....tunggu sahajalah nt petang..