Khamis, 17 Jun 2010

World Cup 2010

1. Dah nak seminggu WC2010 berlangsung, dah mcm2 kejutan berlaku. So far permulaan yang agak hambar.Bebrapa perlawanan yg berkesudahan seri dan ada yang menang dgn jaringan yang agak kecil walaupun ada striker tahap dunia punya...huh!

2. Malam tadi, match yang aku rasa sgt menarik bermula dgn Chile vs Honduras...mmg mantap permainan dr benua amerika latin ni...laju dan penuh seni...apapun2 Chile hanya mampu menang dgn satu gol shj..
Berbeza dgn Sepanyol yang para pengkritik meletakkan sbg pilihan, kecundang kepada negara pembuat Jam terkenal Swiss...hehe...Swiss mmg takder star tapi masih mampu menampan asakan bertali arus dr pemain Spain. Budak opis aku yg sokong spain, muka toya jer pagi tadi...hahaha...Perlawanan antara tuan rumah Afrika Selatan vs Uruguay...Diego Forlan berjaya buat tiupan Vuvuzela ni senyap seketika....haha..3-0. Apapun sedih gak, dlm berita area Cape Town dilanda bencana...semoga takder apa2 yg besar la berlaku...

3. Malam nt, Argentina akan bertemu dgn Korea Selatan. Pertemuan semula Teves dgn kawan akrab beliau Park Ji Sung. Aku bajet mmg fast game malam nt...

4. England? memanjang salahkan bola Jabulani....c'mon la weih..kasi menang dulu baru pukul canang satu dunia korang hebat...Aku harap Rooney dapatkan semula sentuhan jaringan beliau.. Gerrard dgn Lampard..pasangan yg tak serasi. Cappello kena masukkan Carrick atau Gareth Barry sbg calon tengah. Gerrard sbg wing kiri atau backup striker.

5. Germany, pasukan yg nampak mantap buat masa ni dan jarang sangat menghampakan bila tournament besar mcm WC ni. Tak terasa bila Ballack takder....so far diorg jela satu2 tim yg berjaya meraih gol yg agak besar..

Perlawanan kedua setiap tim sudah bermula...aku harap sgt ada byk gol lepas ni...letihla tgok setakat menang 1,2 biji gol jer....

1 comments:

berteromber berkata...

Rooney tak dapat bola beb...England mana ada bola cross cantik2 macam United...

Apa2 pun best tengok Javier 'Chicharito' Hernandez score...memang bye bye la Berbatov...