Rabu, 29 Julai 2009

Aku dan Demam

Hari ni baru naik keje, setelah 3 hari aku demam teruk. Nasib baik demam, kalo Influenza A cuak aku...
Bila jumpa doktor hari tu, doktor cakap, aku bukan setakat demam jer...tekanan darah aku naik...pergh..terkejut aku...wah, ada aku darah tinggi ker....tak sedap hati betul..

Doc. minta aku kawal skit permakanan, bykkan berehat, jangan stress sgt...aku admit jerla apa doc tu ckp...aku akui mmg kebelakangan ni, agak stress skit dgn keje dan hal2 lain. Belum terlewat lg utk berubah gaya hidup...demi kesihatan diri.

Betul lah org cakap, time sakit ni..mmg tak best...semua benda takleh nak gerak....terasa beban...nak bgun x larat, nak itu ini...makan x selera...utk waktu 3 hari duduk kat rumah...adalah waktu yg membosankan. Aku jarang sakit, jarang ambil MC sepanjang aku bekerja..Bila dah sakit ni, barulah "tergeheh-geheh" nak hargai masa sihat..heheh...


Hmm, bila dah macam ni. Niat nak gi konsert Search dekat Bukit Kiara terpaksalah aku batalkan. Takpelah...

Minggu ni, terakhir aku keje kat komtar. Bos aku dah dapat tempat baru. Sedar tak sedar 3 tahun aku keje kat sini..Komtar ni pun dah mcam tmpat hapa la...dikhabarkan nak renovate...tapi asik memanjang stop jer...ntahla...

Paling tak best nak kemas barang2 opis ni....waarghh! bosannya....haha

Isnin, 6 Julai 2009

Layan Comic plak


Demam Transformers: Revenge Of The Fallen tak kebah lagi. Dua kali juga la wa tgok ini cerita, walaupun ada kednegaran reviu yg tak berapa best, tapi peduli hapa kan....haha..

Tak cukup dengan movie, gua dah sambar komik official adaptasi movie T:ROTF keluaran Hasbro dan IDW publishing. Itupun jumpa secara tak sengaja, ...dah lama gua tak beli komik mat saleh ni.

Ada 3 siri Prequel Movie: Alliance, Defiance dan Adaptation Movie T:ROTF. Berkisarkan pada kisah selepas movie transfomers yang pertama dulu, selain sejarah pihak autobot dan decepticon juga asal usul The Fallen ni. Dari segi jalan cerita ok jela bagi aku...


Lukisan pun not bad. So, sapa ada duit lebih sama ada utk bacaan ringan atau simpan sebagai koleksi..bolehla beli...

takderla mahal sangat sebab print kat Msia jer...