Isnin, 26 April 2010

Masalah jadi berganda bila tak buat Konsert...

Tgh menunggu waktu untuk ke Bukit Kiara...brp hri shj lg....













Mana2 yg belum ada tiket lagi...boleh beli di Pasar Borong Pandan, JB....Kedai Rockstation
rm70.00 shj...

Dulu kedai ni letak di Komtar,JB...geng2 Search, Wings etc ada sesekali dtg sini..lepak2
so, kalo ada sesapa nak beli baju cam diorg pakai..bleh dapatkan di sini...diorg official sponsor pakaian utk konsert DT ni....


 

Khamis, 8 April 2010

Bye-bye Champions League

Man Utd Menang tapi gagal layak......malas nak komen apa2...
jumpa lg season depan....

Isnin, 5 April 2010

Merah pasti Menyala

Nampaknya kalah lagi dengan chelsea...match yg paling bosan...refree dgn linesman mcm kayu..

lusa lawan dgn bayern munich...tak konpiden aku tgok MU nak menang...rooney takder mmg terasa betapa lembiknya striker MU ni...esp Berbatov...better bg peluang pd Kiko jd striker...
apapun tgok tetap tgok....Merah pasti Menyala

Jumaat, 2 April 2010

Konsert Double Trouble Search & Wings

Petikan papers...
Masih ingat lagi dengan Konsert Double Trouble yang diadakan pada tahun 1993 dahulu? Konsert yang dijayakan oleh dua gergasi rock tanah air itu mendapat sambutan yang cukup luar biasa walaupun ketika itu kedua-dua kumpulan ini tidak boleh muncul di kaca televisyen akibat di’gam’. Semuanya gara-gara penampilan mereka yang berambut panjang.

Tetapi itu semua cerita lama. Kini, selepas 30 tahun berada dalam industri, Search dan Wings masih mempunyai pengikut yang tidak henti-henti memberikan sokongan. Mungkin atas dasar itulah, Search dan Wings kembali bersatu. Mereka bakal menggegarkan Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort pada 1 Mei hadapan. Konsert yang juga dinamakan Double Trouble itu bakal mengubat kerinduan peminat yang sudah lama ternanti-nanti kemunculan Search dan Wings di pentas yang sama.

Ketika sidang media konsert itu baru-baru ini, kedua-dua kumpulan ini melahirkan rasa cukup gembira kerana akhirnya ada pihak yang sanggup tampil untuk menjayakan konsert tersebut. Malah, mereka juga menganggap Konsert Double Trouble kali ini satu kolaborasi terbaik selepas sekian lama tidak bersama.

Amy yang mewakili kumpulan Search memberitahu kumpulannya cukup teruja untuk konsert ini dan berjanji akan memberikan satu persembahan yang cukup menarik.

“Saya anggap konsert itu bakal menjanjikan sesuatu yang indah. Bukan sahaja kepada Search dan Wings, tetapi juga kepada semua peminat kami. Saya percaya konsert itu telah direka dengan baik sekali. Saya harap konsert ini akan bagi impak yang bagus kepada peminat yang hadir menyaksikan kami pada malam itu,” ujar Amy.

Sementara itu, Awie yang bercakap bagi pihak Wings pula mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur Adepnet Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada kumpulan muzik tempatan untuk beraksi.

“Sebelum ini kita sudah maklum ramai yang memilih kumpulan-kumpulan muzik luar negara untuk mengadakan konsert di sini, jadi usaha pihak penganjur ini memang saya hargai kerana mereka percaya Search dan Wing juga mampu memberikan persembahan yang hebat. Insyaallah Konsert Double Trouble ini akan mengukir sejarah dan menjadi konsert yang terulung pada tahun 2010 ini,” luar Awie.

Mengulas tentang pemilihan lagu yang akan dinyanyikan pada malam itu, baik Amy mahupun Awie tidak mahu bercerita lanjut kerana mahu menjadikannya sebagai kejutan.

“Kalau kami ceritakan di sini, sudah tidak menjadi kejutan lagi. Kalau hendak tahu, tunggu masa konsert itu nanti. Yang pasti, kami akan bawakan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ‘Double Trouble’ dan lagu-lagu yang pernah popular,” ujar Awie lagi.

Dalam masa yang sama Awie turut menjelaskan tidak ada sebarang lagu baru yang dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Bagaimanapun, ada gimik yang menanti penonton.

“Memang tidak ada sebarang lagu baru yang akan kami persembahan pada malam itu, tetapi ada gimik yang menanti. Bukan tidak mahu buat lagu baru, tetapi tidak sempat. Kami baru sahaja dapat pengesahan tentang konsert ini. Tengoklah, kalau konsert ini berjaya nanti, mungkin Wings akan muncul dengan lagu-lagu terbaru,” tambah Awie lagi.

Menyentuh tentang persediaan pula, kedua-dua kumpulan ini akan memulakan sesi latihan dalam waktu terdekat ini. Malah, ahli kumpulan Wings telah mula menjalani latihan di gim bagi memastikan mereka mempunyai stamina yang cukup.

Konsert Double Trouble dijadualkan akan berlangsung selama dua jam. Search dan Wings masing-masing akan akan menyampaikan 10 buah lagu kesemuanya.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM70 di lokasi seperti Viva Sports - Kompleks Pertama, Triways Travel Network, KLCC, Triways Travel & Tours, Istana Budaya dan Sri Amera Holidays. Selain itu, ia juga boleh dibeli melalui www.1malaysiaticket.com  atau www.ticket2u.biz. Setakat ini sudah 1,000 keping tiket telah terjual. 

Akhirnya ditunggu2......dah tiba... memang kena pergi ni..huh