Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia

Esok dah mula puasa, sekejap masa berlalu..

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia, semoga amal ibadah di bulan ramadhan ini diterima Allah.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Wassalam